Monday, February 28, 2011

Dalang di Palestin.....Hamas atau Israel?

cuplikan dari buku karangan Dr Hafizi Mohd Noor......

Pendahuluan...
Semenjak Hamas (Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah) Islamic Resistance Movement menang pilihanraya pada bulan Januari 2006, perjuangan rakyat Palestin memasuki fasa baru. Intifadah yang tercetus pada tahun 1987 dan berulang pada tahun 2000 telah membuahkan hasilnya. Perjuangan yang melonjak dengan kebagkitan rakyat dari mimbar-mimbar masjid akhirnya melahirkan Hamas untuk menghidupkan kembali harapan rakyat Palestin. Perjuangan yang dipelopori oleh golongan nasionalis sekular yang diterajui oleh PLO (Palestine Liberation Organization) dan Fatah (Harakat al-Tahrir al-Falastini) telah terbukti tidak mampu untuk mendukung hak rakyat Palestin. Mereka bukan sahaja gagal, bahkan bersekongkol pula dengan pihak musuh untuk melajutkan agenda penjajahan Israel keatas bumi Palestin.
 Keputusan pilihanraya Januari 2006 memberi laluan kepada Hamas untuk mengemukakan program politik mereka kearah penyelesaian konflik Palestin-Israel. Hamas bersedia untuk berdamai tetapi tidak dengan menggadaikan prinsip dan maruah rakyat Palestin. Mereka yakin, keamanan boleh dikembalikan di Palestin dengan syarat hak rakyat Palestin diiktiraf dan perjuangan mereka untuk membebaskan tanah air mereka dihormati. Penyelesaian bermaruah adalah harapan yang boleh disangkut oleh rakyat Palestin.

No comments:

Post a Comment