Thursday, February 3, 2011

Air Yang Disentuh Oleh Wanita Berhaid

Perlu diketahui bahawa badan wanita yang sedang berhaid bukan najis hissi (boleh dikesan oleh pancaindera) yang boleh mengotorkan setiap apa yang emngenainya. Sebaliknya ia hanya 'kotor' dari segi hukum, iaitu syarak meghukumnya adanya kekotoran pada badan yang boleh dihilagkan oleh pembersihan terbesar iaitu mandi hadas (besar).


Badan, tangan, mulut dan peluh wanita yang berhaid bukan najis atau kotor. Sesetengah wanita menyangka badan mereka kotor, hinggakan Aishah r.a. sendiri, ketika Nabi saw bersabda kepadanya: 


"qala laha nabi: na wi lini hazihil khamrata...faqalat lahu: inni haidun ya rasulullah: faqala laha: inni haidataki laisat fi yadaki."


maksudnya: nabi berkata kepadanya: "berikan aku bekas air itu", Aisah pun berkata kepada Nabi: "saya dalam haid wahai Rasulullah." Baginda segera bersabda: "Haid engkau tidak terletak di tanganmu."1




Ertinya tidak najis dan apabila terkena air, ia tidak mengotorkannya.


Begitu juga dengan wanita yang berjunub. Berjunub bukanlah bererti seluruh badan kotor. Sesungguhnya Abu Hurairah r.a. pernah menyangka bahawa berjunub itu najis (kotor)


Pada suatu hari, apabila Abu Hurairah bertemu Nabi s.a.w di sebatang jalan, beliau berundur dan menjauhkan diri. Apabila baginda s.a.w. bertanya kenapa beliau berbuat demikian, Abu Hurairah menjawab: "Saya dalam keadaan junub."


Mendengar itu bagibda pun bersabda:


"Maha Suci Allah, sesungguhnya orang beriman itu tidak kotor."2


Najis yang ada hanyalah dari segi hukum sahaja. Badan secara fizikalnya tidak najis.


Nota Kaki


1 Diriwayatkan oleh Bukhari


2 Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan daripada Abu Hurairah, Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Nasa'i daripada Huzaifah.



No comments:

Post a Comment