Sunday, January 30, 2011

MEMAKAI HADIS DAIF

Tentang tidak boleh hadis Daif dipakai untuk menetapkan sesuatu hukum, walaupun sunnat jangan dipersoalkan. Ulama Hadis membolehkan penggunaan Hadis Daif pada fadail amal dan sebahagain dari mereka mengertikan fadailul amal ialah amal-amal yang bukan wajib.
Erti ini salah, yang sebenarnya kalimat fadailul amal bagi fadilah memberi maksud keutamaan atau ganjaran. Jadi maksudnya, boleh kita pakai Hadis yang menerangkan ganjaran bagi sesuatu amal atau perbuatan walaupun hadis itu Daif.
Adapun Hadis Daif yang menyuruh kita mengerjakan sesuatu amal tidak boleh dipakai, kerana ianya menyakut sesuatu hukum. Tidak dapat ditetapkan sesuatu hukum dengan hadis Daif, walupun hukum itu tidak wajib atau hukum itu sunat sahaja.

(Bulughul Maram) Ibnu Hajar Al-Asqalani

No comments:

Post a Comment