Dalam permasalahan bilangan yang wajib bagi mendirikan solat jumaat
,terlalu banyak khilaf (perbezaan) pendapat di kalangan ulama salaf
termasuk imam arba’ah (imam empat mahzab). Adapun bilangan 40 orang
adalah yang paling masyhur dikalangan ilmuan Islam.Pendapat ini juga
merupakan pendapat imam syafi’i dan pendapat imam malik .Adapun imam abu
hanifah,laits bin saad dan Muhammad bin hasan berpendapat 4 orang dan
imam ahmad bin hanbal berpendapat 50 orang dan ada juga pendapat yang
mengharuskan 12 orang sebagaimana di sebut dalam al-mugni iaitu pendapat
rabiah dan ada yang menetapkan 30 orang dan abdullah bin baz dalam
fatwanya mengharuskan 3 orang.Pendapat ibnu hazm azzohiri pula
mengharuskan 2 orang sebagaimana dalam al-mohalla.
[http://sabahikhwansalafiiy.blogspot.com/2010/02/bilangan-yang-wajib-mendirikan-solat_24.html TAKHRIJ HADIS SETIAP PENDAPAT]
Dalil yang berpendapat 40
Hadis 1
مضت السنة أن في كل ثلاثة إمام و في كل أربعين فما فوق ذلك جمعه و فطر و
أضحى و ذلك أنهم جماعة “Dan pada tiap-tiap tiga orang seorang imam dan
pada tiap-tiap 40 orang dan lebih daripada itu harus jumaat dan aidil
fitri dan adha dan bahawasanya mereka itu berjema’ah”.( dhaif )
Hadis ini dikeluarkan oleh imam baihaqi dalam sunan al-kubra (jld 3 / ms
253) hadis ini dikeluarkan melalui jalan sanad abd aziz bin abd rahman
al-qurasy.Hadis ini ditolak oleh ahlul hadis kerana abd aziz bin abd
rahman adalah dha’if sebagaimana di sebut dalam badrul munir (jld 4 / ms
594).Al hafiz ibnu hajar al-asqalani menukilkan dalam kitabnya talkhis
habir (jld 2 / ms 114) bahawasanya telah berkata imam ahmad ditolak
hadisnya kerana sesungguhnya pendusta atau palsu dan berkata an-nasai
dia tidak tsiqah dan berkata daruqutni hadis munkar dan berkata ibnu
hibban tidak harus berhujjah dengannya dan berkata baihaqi tidak boleh
berhujjah seumpama hadis ini.
Hadis 2
عن أبي الدرداء رسول الله s.a.w قال: إذا اجتمع أربعون رجلا فعليهم الجمعة
“Apabila berhimpun 40 orang lelaki diharuskan ke atas mereka solat
Jumaat”.( tiada asalnya )
Hadis ini terdapat dalam kitab tatimmah tetapi hadis ini gharib
sebagaimana di sebut di dalam kitab badrul munir (jld 4 / ms 596) dan
riwayat ini tiada asalnya.
Hadis 3
حديث ابي أمامه: لا جمعة إلا بـأربعين ”Tidak ada solat jumaat melainkan
dengan 40 orang”( tidak ada asalnya ) Berkata ibnu mulqan ( pengarang
kitab badrul munir ) hadis ini tidak sampai kepadaku ( tidak diketahui )
siapakah yang mengeluarkannya dalam bentuk ( lafaz ) yang begini. Hadis
ini di keluarkan dalam syarhul kabir (jld 2 / ms 256).Adapun mengenai
hadis ini disentuh dalam badrul munir (jld 4 / ms 596) bahawa hadis ini
digharibkan oleh imam ar-rafi’i.
Hadis 4
أنه s.a.w جمع المدينة و لم يجمع بـأقل من أربعين “Bahawasanya nabi s.a.w
berhimpun di madinah dan tidaklah mereka berhimpun kurang daripada 40” (
tiada asalnya )
Berkata ibnu Hajar al-asqalani dalam talkhis habir ( jld 2 / ms 114 )
tidaklah aku melihatnya (hadis di atas) seperti ini, dan dari al-baihaqi
melalui riwayat ibnu mas’ud telah berkata:
جمعنا رسول الله صلى الله عليه و سلم و نحن أربـعون رجلا “ Kami telah
berhimpun bersama rasulullah s.a.w dan kami ( pada ketika itu ) 40 orang
lelaki “
Dan tidaklah hadis ini berkaitan dengan solat jumaat dan adapun apa yang
diriwayatkan oleh abu daud dan ibnu hibban dan selain dari keduanya
iaitu hadis abdul rahman bin ka’ab bin malik:
كم كنتم يومإذ : أربـعون رجلا “ Berapa ( orang ) kamu pada ketika itu? Berkata : 40 orang lelaki “
Sanad hadis ini hasan tetapi hadis ini tidaklah menunjukkan ( merujuk )
kepada bab ini seperti mana yang dikatakan oleh ibnu hajar dalam talkhis
habir ( jld 2 / ms 115 )
Hadis 5
عن جابر بن عبد الله قال: بينما رسول الله s.a.w يخطبنا يوم الجمعه إذا
أقبلت عير تحمل الطعام, حتى نزلوا بالباقع, فالتفتوا إليها و انفضوا إليها,
و تركوا رسول الله s.a.w ليس معه إلا أربـعين رجلا أنا فيهم “ Dari jabir
bin Abdullah berkata: di tengah rasulullah s.a.w berkhubah pada hari
jumaat ketika sampai satu kafilah yang membawa barang makanan ( untuk
dijual ) sehingga mereka berhenti di baqi’ maka mereka berpaling dan
pergi kepadanya (kafilah) dan meninggalkan rasulullah, tiada bersamanya
selain 40 orang lelaki,aku bersama (termasuk) mereka”
Hadis ini lemah sebagaimana disentuh dalam sunan daruqutni ( jld 2 / ms
308 ) kerana bersendirian ali bin a’sim dalam meriwayatkan hadis
ini.hadis ini juga di tolak oleh ahlul hadis kerana hadis ini
bercanggahan dengan hadis yang lebih shahih iaitu hadis yang dikeluarkan
oleh bukhari dan muslim ( lihat hadis di bawah )
Dalil yang berpendapat 12
Hadis 1
أن الصحابة انفضو عن النبي فلم يبق منهم إلا إثنى عشر رجلا “ Bahawasanya
sahabat berpaling (meningalkan) daripada nabi dan tidaklah terbaki
daripada mereka selain 12 orang lelaki “ Hadis ini dikeluarkan oleh
bukhari dan muslim dan darjat hadis ini shahih menurut syarat
keduanya.Hadis ini telah jelas menunjukkan bahawa pensyaratan 40 orang
adalah tidak benar tetapi yang benar adalah kurang dari 40 lelaki,dan
inilah pendapat yang terpilih (صحيح المختار ) berkata ibnu hajar
asqalani sesungguhnya telah warid bilangan hadis hadis yang menunjukkan
sempurna (solat jumaat) kurang daripada 40, dan begitu juga berkata imam
suyuti : tidaklah tsabit satu pun daripada hadis-hadis yang menentukan (
menetapkan ) bilangan yang khusus ( bagi mendirikan solat jumaat )
Dalil yang berpendapat 50
Hadis 1
الجمعه واجبة على خمسين رجلا و ليست على من دون الخمسين جمعة “Jumaat itu
wajib diatas 50 orang lelaki dan tidaklah ada solat jumaat selain
daripada 50 orang “
Dan lafaz yang lain
على الخمسين جمعه و ليس فيما دون ذلك “ Jumaat didirikan di atas 50 (orang) dan tidaklah selain daripada itu “
Hadis ini dikeluarkan oleh imam thabrani dalam mu’jam kabir ( jld 8 / ms
291 ) melalui sanad ja’far bin zubair yang mana ja’far bin zubair
ditolak hadisnya oleh ahlul hadis sepertimana disebut dalam sunan
daruqutni ( jld 2 / ms 307 ).Dinukilkan kata kata imam baihaqi dalam
badrul munir ( jld 4 / ms 596 ) bahawa hadis ini tidak sah sanadnya dan
di dalam khilafiyyatnya imam baihaqi menyebutkan bahawa bersendirian
ja’far bin zubair dalam meriwayatkan hadis ini dan di ma’lulkan hadis
ini oleh abdul haq di dalam al ahkam al wusto ( juz 2 / ms 104 ) kerana
ja’far bin zubair yang disebutnya sebagai matruk.
Dalil yang berpendapat 4 Hadis 1
حديث أم عبد الله الدوسية : الجمعة واجبة على كل قرية فيها إمام, و إن لم
يكونوا إلا أربـعة “ Hadis ummu Abdullah ad-dausiyyah: Jumaat itu wajib
ke atas setiap kampung yang terdapat padanya( solat jumaat ) imam dan
tidak ada ( solat jumaat ) melainkan 4 “ ( dhaif ) Dan riwayat yang lain
و إن لم يكونوا إلا ثلاثة و رابـعهم إمامهم “ Dan tidaklah ada ( solat
jumaat ) melainkan tiga dan yang keempat imam mereka ” Hadis ini
dikeluarkan oleh daruqutni di dalam sunannya ( jld 2 / ms 312 ).Disebut
hadis ini di dalam nasbur rayah ( jld 2 / ms 197 ) bahawasanya kedua
riwayat ini matruk dan setiap orang yang meriwayatkan hadis ini dari
az-zuhri adalah matruk dan tidaklah sahih hadis ini dari az-zuhri dan
tidaklah az-zuhri mendengar hadis ini dari dausiyyah.Hadis ini juga di
dhaifkan oleh thabroni dan ibnu adi kerana pada hadis ini terdapat orang
yang ditolak hadisnya ( matruk ) sebagaimana disebut dalam nailul
awthor ( ms 612 ) dan disebut hadis ini oleh ibnu hajar asqalani dalam
talkhis habir ( juz 2 / ms 116 ) sebagai munqati’. Tidak harus berhujjah
dengan hadis ini kerana sanad kepada hadis ini iaitu muawiyah bin yahya
dan muawiyah bin said adalah majhul sepertimana di sebut dalam
al-mohalla ( juz 5 / ms 47 )
Dalil yang berpendapat 30 Hadis 1
إذا اجتمع ثلاثون رجلا فليؤمروا يصلي بهم الجمعة “ Jika berhimpun 30 orang
lelaki maka perintahkanlah solat bersembahyang jumaat bersama mereka
“(dhaif)
Khabar ini terdapat di dalam kitab al-mohalla dan dikeluarkan melalui
jalan sanad abu Muhammad al-azdi yang disebut majhul sebagaimana dalam
al-mohalla ( jld 5 / ms 47 )
KESIMPULAN
Kesimpulan daripada takhrij dan tashih hadis diatas menunjukkan tiada
penetapan yang tsabit daripada rasulullah yang dapat dibuat, adapun
pendapat yang mendekati petunjuk adalah pendapat yang menyebut 2
berdasarkan lafaz jumaat yang berasal dari perkataan jama’a yang
bermaksud himpun dan kaedah asal bagi mendirikan solat berjemaah adalah
cukup dengan 2 orang ( ini yang disepakati ).
RUJUKAN
fathul bari syarah sohih bukhari-ibnu hajar al-asqalani
al-aziz-ar-rafi’i ahkam al-wustha-ibn abdul haq sunan daruqutni-daruquni
sunan al-kubra-baihaqi sunan wustho-baihaqi al-mohalla-ibnu hazm
azzohiri talkhis habir-ibnu hajar al asqalani al mugni-ibnu qudamah al
kafi-ibnu qudamah nasbur rayah-yusuf az-zaila’i badrul munir-ibnu mulqan
mu’jam kabir-thobrani nailul awthor-asy-syaukani
by jamaluddin bahar
untuk lebih lanjut sila layari http://sabahikhwansalafiiy.blogspot.com/2010/02/bilangan-yang-wajib-mendirikan-solat_24.html
No comments:
Post a Comment